SiiiaaaaPAkaH?? sape?

SIAPAKAH ORANG YANG SOMBONG?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu ALLAH RABBUL ALAMIN,Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada ThuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

SIAPAKAH YANG TELAH MATI HATINYA?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

SIAPAKAH ORANG YANG DUNGU KEPALA OTAKNYA?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

SIAPAKAH ORANG YANG KUAT?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

SIAPAKAH ORANG YANG LEMAH?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak ade sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.


SIAPAKAH ORANG YANG BAKHIL?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan besar RASULULLAH S.A.W

SIAPAKAH ORANG YANG BUTA?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran AL-QURAN dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

SIAPAKAH ORANG YANG TULI?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

SIAPAKAH ORANG YANG SIBUK?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "INNA LILLAHI WA INNA ILLAIHI RAJIUUN". Lalu sambil berkata " Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuan-Mu ini", sambil mengukir senyuman.

SIAPAKAH ORANG YANG MENANGIS AIRMATA MUTIARA?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalirkan airmatanya.

SIAPAKAH ORANG YANG KAYA?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak berpuas hati dengan nikmat yang ada dan yang sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

SIAPAKAH ORANG YANG PANDAI?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap sedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedangkan akhirat kekal abadi.

SIAPAKAH ORANG YANG BODOH?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

SIAPAKAH ORANG YANG MAJU DALAM HIDUPNYA?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkatkan ilmu agamanya.

SIAPAKAH ORANG YANG MUNDUR DALAM HIDUPNYA?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haram sesuatu perkara itu.

SIAPAKAH ORANG YANG GILA ITU?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanaya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seseorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siumanakalnya.

SIAPAKAH ORANG YANG RUGI?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

SIAPAKAH ORANG YANG SELALU DITIPU?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG LUAS?
Orang yang mempunyai rumah yang luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


moga dapat memberi sedikit sebanyak kebaikan dan manfaat kepada kita semua. InsyaALLAH... Ape yang baik itu datangnye daripada ALLAH, apa yang kurang itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri...

ikhlas buat tatapan semua...

1 Luahan hati:

S A D I Q U E said...

BANYAK NYE KALERRRRRRRR

 
© Grunge Theme Copyright by idopku mylife | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks