encik BarOk OBama??? Pro dota?

Jadi Encik Obama Sudah Jadi Presiden Baru, Jadi Apa Selanjutnya?

Kalo korg rajin membaca selain dari laman gossip selebriti tempatan dan rajin menonton rancangan tv selain dari sinetron dari seberang yang penuh dengan pelakon perempuan bermekap tebal tapi bermisai nipis korg pasti tahu yang Barack Hussein Obama telah menang pilihanraya umum Amerika Syarikat dan akan menjadi presiden ke-44 negara itu.

Apa relevannya terhadap korg, korg kata ape?

Banyak sebenarnya. Kali terakhir seorang Demokrat menjadi seorang Presiden adalah ketika Bill Clinton, si presiden yang pandai bermain saksofon tetapi yang akhirnya tumpas kerana sehelai dres berwarna hitam. Cakap pasal warna hitam pula Obama merupakan presiden kulit hitam yang pertama, dan sedikit sebanyak melambangkan sentimen bahawa golongan minoriti sebuah negara boleh berjaya dalam bidang yang diceburi.

Kalau kamu di AS, parti Republikan merupakan parti yang lebih konservatif, dan menurut sejarah, lebih cenderung terhadap polisi 'ahli perang' dan dasar luar yang lebih agresif. Parti Demokrat pula lebih liberal, dan presiden dari parti Demokrat biasanya lebih cenderung kepada perundingan dan penentangan pasif. Contoh-contoh presiden Demokrat antaranya Bill Clinton dan John F. Kennedy, dan kedua-dua presiden bernama Bush dan Ronald Reagan pula Republikan (walaupun Ronald Reagan pada awalnya merupakan seorang Demokrat yang kemudiannya berpaling tadah kepada parti Republikan.)

Dan sebanyak mana kita menentang dan menidakkan pun, situasi politik serta polisi AS banyak mempengaruhi arus tujuan dunia. Polisi-polisi yang dibuat di sana, dari polisi kewangan hinggalah ke dasar luar terhadap negara lain dilihat sebagai panduan tentang situasi umum global. Sebab itulah akibat dasar agresif George W. Bush selama 8 tahun kebelakangan ini ramai orang yang tidak puas hati. Senang cerita ramai orang tidak setuju dengan dasar luar yang diamalkan kerajaan Bush, dan selepas peristiwa di Florida pada tahun 2000 dahulu ramai rakyat Amerika tidak rela negara mereka dipandang begitu rendah di mata dunia. Nasib baik untuk Bush peristiwa 9/11 telah berlaku, sedikit sebanyak dia telah berjaya memanipulasi keadaan untuk kepentingan kerajaannya sendiri. Pada pendapat aku-lah.

Kebetulan juga dengan keadaan ekonomi AS (dan juga dunia) yang semakin meruncing, kempen Obama memang banyak 'senjata' untuk melemahkan kempen Republikan/McCain. Kalau dilihat dari kempen parti Demokratik pun, mereka lebih banyak menumpukan kepada polisi dan masalah dalam negara, dan bukan dasar-dasar luar. Aku rasa ramai rakyat Amerika pun prihatin tentang perubahan yang patut berlaku di dalam negara dari segi ekonomi terutamanya, jadi pada aku memang Obama telah menang sejak bermulanya kempen pilihanraya pun.

Dan aku rasa Obama akan terlebih dahulu fokus terhadap masalah dalaman dan bukan polisi serta dasar luarnya. Malah dalam kempennya jarang disebut perkataan 'foreign policy', dan mantra 'We Can Change' itu sebenarnya lebih menjurus kepada perubahan dalam negara, yang aku rasa patut berlaku pun.

Mungkin dengan ini tiada banyak gangguan dan 'pencerobohan' yang akan berlaku di bawah kerajaan Obama, kerana mereka sepatutnya fokus kepada apa yang berlaku di rumah mereka sendiri. Apabila negara paling berpengaruh ini stabil, kesan domino akan memastikan keadaan global juga stabil. Dari harga minyak, hinggakan kepada benda-benda remeh seperti perjalanan dalam kapalterbang ke Amerika dan harga menghantar barang melalui pos akan menerima kesannya. Dan ini hanya akan menjanjikan hanya benda-benda yang bagus untuk kita semua.

Mungkin.

Itu pun selagi tiada golongan ekstremis mengambil peluang keadaan yang goyah ini untuk memporak-perandakan keadaan-lah.

Apa-apa pun aku berharap orang yang ada 'Bin' dalam nama mereka akan lebih mudah mendapatkan visa melancong ke AS dan harga tiket kapalterbang perjalanan antarabangsa akan turun lagi dan lagi. Macam dulu-dulu senang sahaja kru perfileman buat filem (atau drama swasta) secara gerila di negara-negara luar. Sekarang kita ambil filem dan drama (sinetron) dari luar terus!

Sekian sahaja. Saja aku hendak menulis nukilan berunsur politik pertama aku! :)

3 Luahan hati:

hanaa (: said...

waaahhhh..nvr knew u pun ikot obama tuh.igt i sorg je.haha!

ShahRezaL said...

haha tu lah.. he agak menarik me to know bout him.. huhu

a.s.m.a said...

assalamualaikum..
anda telah ditag..bersabarla ye..hihihi sila ke blog aku utk menjawab soalan yg sgt lah banyak tu..wslm

 
© Grunge Theme Copyright by idopku mylife | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks