Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

D.O.T.A kuih ape tuh?


Beberapa tahun ini, Warcraft 3 DotA Allstars memang menjadi game yang sangat terfavorit di beberapa warnet dan cybercafe.

Bahkan kepopuleran DotA melebihi game Warcraft 3 itu sendiri. Lalu, sebenarnya apa itu DotA ?

DotA merupakan singkatan dari Defend of the Ancients, merupakan hasil modifikasi untuk game warcraft 3 : The Frozen Throne. Kemudian untuk kata “Allstars “ merupakan kumpulan dari semua hero – hero yang ada pada game Warcraft 3 : Reign of Chaos, expansion Warcraft 3 : The Frozen Throne dan juga terdapat penambahan hero – hero yang baru pada saat update versi terbaru DotA diluncurkan.

Jadi gameplay dari game ini adalah pemain diharuskan untuk mempertahankan wilayahnya dan menyerang wilayah milik pemain lain. Dan akan ada sekitar 70 hero yang dapat dipilih oleh pemain. Setiap hero akan memiliki kelebihan dan kekurangannya masing – masing.

Dalam permainan, anda dapat bertempur secara One by One ataupun secara Team.

Taktik dan strategi sangat diperlukan dalam permainan ini, pemilihan kombinasi item dan hero yang salah juga bisa menyebabkan kegagalan pada team anda. Read Full...

Red Tube Malaysia.com

Ah. Sudah. Takkan shah ni buang tebiat pulak. Ish.. ish.. ish.. Ko layan Red Tube ke shah? Tapi ada ke Red Tube Malaysia? Hebat betul kalau ada! haha..

haha tajuk nak gempak je.. keke.. sebenarnya nk cerita kat korg sume satu menda.. penah dgr
Google Insights for Search tak? style gak application ni..
Ni agak advance sikitlah, memang gunanya untuk cari trend dan keyword popular Google masa kini. Aku rasa ramai blogger otai-otai kat luar tu yang guna Red Tube Malaysia Google Insights, tu sebab banyak orang masuk blog mereka dari search engine.Pertama sekali pergi Google Insights.

Search Red Tube, country - Malaysia Search Red Tube, country - Malaysia

Aku guna "Last 30 days" walaupun ada option untuk 7 hari lepas (last 7 days). Biasanya kalau last 7 days ni mungkin tak dapat result sebab bilangan data tak cukup (baru berapa juta pun pengguna Internet Malaysia yang gunakan Google). So berpuas hati je la dengan data yang dapat dikumpulkan sepanjang 30 hari yang lepas.

Result search Red Tube Malaysia

Result search Red Tube Malaysia

Result yang kita dapat hasil search keyword Red Tube Malaysia. Kita dapat tahu bahawa:

  • Orang Pahang (ataupun tinggal di Pahang) sangat berminat dengan Red Tube kat Malaysia ni.(aish2)
  • Second place orang Johor.
  • Diikuti Wilayah Persekutuan dan Selangor.
  • Perak takde.. hehe

Kat bawah tu kita boleh lihat apa keyword lain yang orang guna yang mungkin berkaitan dengan Red Tube Malaysia ni. Jadi dengan data tu pandai-pandailah kita guna keyword mana yang sesuai dalam blog kita supaya bila orang search guna keyword yang berkaitan, kemungkinan akan keluar la blog kita.

Kalau nak hottest searh keyword, dekat search terms tu biarkan kosong, country Malaysia dan kali ni boleh buat search for last 7 days. Result dia adalah hottest keyword yang orang search kat Google sepanjang 7 hari lepas. Tengok rising searches, kat situ yang mahal. Kalau blog korang SEO bagus, pandai guna keywords yang ada kat situ trafik memang masyukk..



Jadi itulah dia. Gunakan tanpa was-was. Ada soalan?

No, no. Red Tube Malaysia tak wujud. Cukup-cukup la buat dosa tu. Blogging lagi bagus. Read Full...

GaDis MELayU ideal~~

Kali ni aku nak cerita pasal perempuan/awek Melayu pulak. Apa yang aku boleh describe pasal gadis Melayu yang ideal pada zaman ini. Boleh kata kebanyakan (tak semua) lelaki zaman sekarang cari pasangan hidup yang macam ni.

Tak Merokok

Perempuan yang merokok, terutamanya anak dara tak comel! Serius aku cakap, gadis Melayu memang tak sesuai la hisap rokok. Kalau nak difikirkan kenapa la nak merokok eh? Kat INDIA ni kebanyakan yg merokok org indian american yg bajet hot.. hehe mmg hot pun..keke~ Jadi kalau hisap rokok tu, nampak hot lebeh la kot. Betul ke? (ni teori kosong jer sebab aku pun tak merokok) Merokok tak cool & membazir duit.

Memasak

Oh yeah~ Adalah sangat seksi kalau perempuan tu boleh masak. Haha.. Aku yang kelas almost everyday ni pun can sometimes cook a decent meal. Well of course aku ada limitation/syarat untuk aku masak sedap la, but still aku tak perlu la mengharap orang lain masak atau benda instant untuk aku makan.

Sedap ke tak? First macam mana nak tau sedap ke tak? Apa kritetria makanan sedap? Pada aku makanan sedap ni adalah kesempurnaan gabungan/fusion rasa makanan tu - manis, masin, masam etc. Itu je sebenarnya. Ada orang (termasuk aku) kadang-kadang masak letak ntahapehape tapi rasa hampeh gak. Memasak ni tak perlukan rocket science, just perlukan sedikit basic technique dan good instinct. Itu je sebenarnya.

Good With Money

Perempuan yang good with money ni bagus, senang lelaki nak kasi duit banyak-banyak kat diorang. Tapi good with money yang macam mana kita nak? Adakah yang good with spending money pun termasuk dalam kategori good with money? Satu je petunjuk kalau perempuan tu bagus dalam menguruskan duit dia, dia ada personal emergency saving yang bertambah from time to time.

Ada orang ada saving, yes that's good tapi kalau savings dia stay kat situ sampai bertahun-tahun tak bertambah, then that's not good either. Biarlah perempuan tu beli benda mahal-mahal, pergi saloon 200-300 per trip, tapi kalau duit dalam savings account dia bertambah every month walaupun sikit, itu dah cukup membuktikan yang dia ni fikir pasal masa depan. Biarlah niat dia saving tu sebab nak pergi bercuti or nak beli something big, asalkan dia reti save duit.

Penting ni. Nak save duit bukan masa dah kaya, tapi masa tak kaya ni la kena save.

Ikut Cakap Ibu Bapa

Kalau gadis Melayu tak ikut cakap ibu bapa yang kasi makan dan membesarkan diorang, ko ingat nanti dah kahwin boleh ke dia jadi isteri yang taat ikut cakap suami? Itu je logik dia, unless kalau suami dia boleh ubah perangai perempuan tu, then perkara tu dah jadi benda lain all along. Jadi yes, perempuan yang ikut cakap ibu bapa ni pun ada appeal pada mata lelaki.

Pandai Bawa Diri

Awek Cun Klon Yuna

Pandai bawa diri.. takde boyfriend dah ngaku awal-awal. Camni kan senang :D

Pandai bawa diri ni kalau nak huraikan, banyak. Yang penting perangai tu lah. Jangan la 24/7 nak gelak mengilai macam hantu. Adeh~ Aku seram la kalau perempuan gelak kuat-kuat macam hantu ni. Hilang nafsu... makan. Nafsu makan ok, bukan nafsu lain. Tapi betullah, perempuan gelak kuat-kuat ni buruk bunyinya. Tak percaya? Nanti aku record. Tapi.. wa tak nak cari pasal woo.. Takpelah, pandai-pandai diorang sedar sendiri.

Lagi satu aku tengok gadis Melayu yang tak biasa pakai make up ni.. sekali pakai make up. habissss~ erk!! mesti aku kena boikot lepas ni.. Tapi aku cakap ni benda benar, lagi elok aku cakap in general macam ni daripada depan depan. Benda ni banyak berlaku time sekolah dulu la. Ye la, aku sekolah kat SBP dulu kan, banyak je function. Time function ni la sume nak 'menyerlah'. Tak salah, tapi kalau tak kena gaya jatuh saham.. Nak pakai benda-benda tu kena belajar, banyak je website ajar pakai benda alah make up ni. Yang penting benda ni jangan la pakai lebih-lebih.. tolong ye. Jangan!

Jadi kalau tak pandai, jangan tunjuk pandai.

Kalau dari segi pakaian pulak.. wear the right thing at the right time and place. Then perangai tu kenalah sepadan dengan pakaian tu gak. Kalau dah pakai baju kurung ayu-ayu macam tu, perangai masih stail 'tak boleh blah' memang susah la.

***

Amacam? Ok tak kriteria aku? Apa kata jejaka lain kat luar sana? Korang punya kriteria mesti lagi strict kan? Sharelah sket..

Read Full...

bila mana aku jadik PICA~~



selamat pagi sume warge dunia~~
bediri nya saya disini ingin mengatakan
saya lapar!! haha..
tp ni lapar pelik ye tuan2 puan2..
lapar nie mmg susah nk layan.. mane tak nyer aku mengidam makan ROJAK !!!







aduish.. mamak made best kot!! teringat pulak zaman aku duduk SUBANG jAYA dulu.. tiap2 jumaat b4 solat jomaat aku beratur bli rojak mee mamak kt DPN MASJID ss 17 tuh.. pergh!!keke kt situ terbaeek wei.. org beratur masuk masjid aku g bantai rojak dulu.. haha kecik2 dulu lain.. skang lain.. kalo la boleh deliverY.. aish2.. makin lapa dek..
jadik sape2 duk SUbang JAYa boleh la pegi try k!
ape2 pun wa dah tak tahan beb.. sebat je lah roti ats meja tuh.. aish2..
keke okeng lah memembe! ciaalOoo bettey.. Read Full...

10 Perkara Yang Aku Perhatikan Tentang Peniaga Melayu.



Orang kita memang suka berniaga. Asalkan boleh dapat wang ringgit, memang gembira. Jadi di sini aku ingin membincangkan bersama pemerhatian yang aku buat tentang peniaga-peniaga Melayu. ‘Peniaga Melayu’ di sini merujuk kepada perniagaan yang lebih konvensyenal dan umum, bukan pengusaha blogshop misalnya..

1. Suka Meletakkan ‘De’ atau ‘D’(nama perniagaan)’ Sebagai Nama Perniagaan.
Contohnya Restoran De Kayu, D’Tomyam, Kedai Baju De Murni, Klinik De Mam, Pinjaman Wang De Posit. Paling terkenal mungkin restoran yang dikendalikan FELDA, D’Saji, yang memang terkenal dengan pakej jamuan perkahwinan mereka. Aku tidak faham rasional penamaan sebegini, mungkin untuk kedengaran lebih ‘Perancis’, walhal sebenarnya lebih kepada lebih ‘kampung’. Aku rasa pasaran bidikan mereka mungkin teruja dengan penamaan begini. Pendek kata asal ada unsur Mat Salleh sedikit, boleh jalan.

2. Kejayaan = Kualiti Merundum.
Ini biasa aku lihat, terutamanya dikalangan pengusaha restoran. Bila sudah popular sedikit dan mula berkembang ke premis yang lebih besar misalnya, makanan kegemaran kamu yang kamu selalu pesan apabila bertandang ke restoran tersebut tiba-tiba menjadi kurang enak. Layanan istimewa yang dahulunya diberikan kepada kamu seolah-olah sudah dilupakan. Harga makanan semakin naik, restoran menjadi semakin cerah (akibat jumlah lampu kalimantang yang meningkat) tetapi kualiti dan mutu semakin merundum. Apa cer?

3. Suka Dengki Mendengki.
Apabila perniagaan mendapat kurang sambutan (apabila kualiti makanan merundum, jahitan senget, alat kelamin semakin longgar), mulalah menuduh ada pihak-pihak tertentu yang berhasad dengki, walaupun sebenarnya diri sendiri yang salah. Puuuh kiri, puuuuh kanan, wang ringgit dibazirkan membeli artifak aneh yang kononnya boleh menjadi pendinding. Apabila dapat tahu yang si polan ini yang kononnya mencemburui perniagaannya, mulalah ‘menghantar’ itu dan ini, dan aku tidak maksudkan hadiah-hadiah atau hamper makanan. Apabila peniagaan kurang laku, mulalah cari bomoh Siam yang boleh membekalkan ‘pelaris’ agar perniagaan lebih maju. Jangan hairan kalau jumpa tampon terpakai di dalam kari ayam kamu.

4. Boros/Berlagak Bila Perasan Berjaya.
Apabila mula dapat wang sedikit, mulalah bazir duit. Baru dapat balik kos modal, sudah bertandang ke kedai kereta mencari kereta BMW 5 Series terpakai. Mula pergi bertandang ke blog-blog selebriti tanah air yang penuh dengan gambar artis ‘terlampau’ yang bersosial untuk dijadikan bakal isteri, insyaallah. Memang tanggungjawab kamu yang mampu untuk membimbing artis-artis yang sesat ini, bukan? Memang mudah pun untuk berkawan dengan artis-artis gred B ini, bela misai tebal, bawak kereta separa mewah dan lepak di sekitar kawasan Ampang atau The Curve.

5. Kurang Pandai Berkembang Lebih Maju.
Untuk perniagaan yang ada potensi pula, selalunya tersekat di tahap yang sama. Tidak pandai menggunakan kemudahan yang ada (seperti pinjaman SME, forum serta kaunseling perniagaan) untuk terus maju ke hadapan. Pada mereka jalan yang senang (sehingga boleh mencapai wang berjuta-juta) semuanya terletak di laman-laman web yang menjual maklumat untuk skim-skim Ponzi. Atau main kutu.

6. Tidak Pernah Bersedia.
“Adik, ada duit kecik tak?” Ayat yang memang sebati dengan peniaga Melayu. Kalau aku hendak guna duit kecil aku akan guna vending machine.

7. Melayu Kena Tolong Sama Melayu.
Walaupun motto ini sebenarnya tidak salah, tetapi motto ini mungkin sedikit sebanyak menghadkan kemampuan sebenar mana-mana peniaga. Akibatnya muncullah kronisme. Walaupun ada banyak calon lebih baik dan mampu di luar sana, akibat kronisme, kerja serta kontrak diberikan kepada anak buah atau keluarga terdekat sendiri, walaupun memang sah si ahli keluarga itu kaki joli yang boleh menghabiskan wang RM1 juta dalam 10 hari. (Lihat No. 4) Kalau aku berniaga, aku tidak kisah. Keuntungan dahulu, keluarga kemudian. Kalau aku sudah untung, keluarga aku pun akan untung. Buat apa beri peluang kepada keluarga sendiri yang hanya akan merugikan usaha titik peluh kamu, bukan? Selidik dan kaji dahulu!

8. Suka Taktik Hutang Budi.
Dalam banyak-banyak jenis orang, orang apa yang paling diminati? Orang dalam. Orang dalam yang boleh memudahkan segalanya, dari proses ambil lesen, bayar saman, menang tender, isikan borang dan sebagainya. Aku rasa ini berkaitan dengan senaraian No. 7 di atas, tolong menolong akan sedikit sebanyak membuatkan yang ditolong rasa terhutang budi. Dan orang Melayu memang suka berhutang, dari hutang budi hinggalah ke hutang Courts Mammoth. Lihat sahaja kemelut kerajaan Negeri Selangor, ramai yang ‘nama naik’ akibat hutang budi. Memang senang hendak berjaya dalam perniagaan apabila kamu paksa orang lain untuk berhutang budi dengan kamu. Kalau mereka tidak mahu bayar hutang, sila ungkitkan waktu-waktu kamu ‘cover’ si pemiutang tersebut. Mudah.

9. Perosak Pasaran Iklan.
Impian utama semestinya membuat iklan barangan di televisyen. Lagi-lagu peniaga-peniaga yang mengusahakan kosmetik yang menggunakan nama sendiri sebagai nama produk dan muka sendiri sebagai model layandiri. Muka kapal pecah pun tidak kisah, kita ada Photoshop, bukan? Yang ada belanjawan akan terlebih belanja membuat iklan-iklan gambar soft-focus berambut besar yang penuh dengan muka sendiri terlebih mekap, yang kurang wang akan buat iklan statik yang pastinya akan ada muka sendiri juga. Kalau tidak percaya tonton tv sejurus sebelum waktu berbuka puasa. Ada banyak. Kalau dulu kita ada ikan Kaka, Ding Dang lakonan Mat Sentul yang diterbitkan pengusaha makanan ringan tidak berkualiti, sekarang kita ada pengusaha produk kecantikan.

10. Suka Name Drop.
Aku kurang pasti istilah name drop dalam Bahasa Malaysia, mungkin kita boleh istilahkan sebagai penyalahgunaan nama orang lain. Lagi-lagi yang ada gelaran Datuk dan Tan Sri. Ini tidak termasuk menggunakan gambar ketika bersalam dengan PM apabila terserempak di Pasar Besar Selayang lagi. Baru sekali bersalam dan bergambar sudah rakan sehidup semati kononnya. Tidak boleh maju dengan nama sendiri ke? (Eh boleh, lihat No. 9) Kononya ini kenal ‘orang dalam’ lah. Senang berniaga..


Read Full...

Transformers : Revenge of the Fallen : Transmitter

Read Full...

FActs Of day mOnth.. read2..

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.
Klik untuk panjangkan ...



9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk-penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office... Pelik bukan!

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan? Read Full...

Ada Apa Denganmu?


Dicilok sebijik-bijik dari sini.

Memang gua nye habit, bila keluar pergi Rawang atau ke mana-mana dengan famili, gua akan singgah beli air kelapa kat simpang masuk tempat gua tinggal. Air kelapa dia, nyaman & addicted. Macam ada ganja dalam tuh. Yang kedua, personally, gua rasa, brader yang jual tuh, gua patut tolong untuk naikkan taraf hidup famili dia. Gerai dia tak semegah. Berterabur. Lalat. Kengkadang bila singgah tuh, gua nampak anak dia (dua orang kalau tak silap) main tanah, comot, baju nye, ya amat, selekeh.

Tapi, bukan itu yang buat gua nak cerita atau refrain untuk singgah, sebab sepanjang gua minum/hirup air kelapa dia, tak pernah gua sakit perut. Cuma, kesian tengok keadaan anak-anak dia tuh sebab mak bapak dia sebok dengan gerai untuk carik rezeki.
Sabtu lepas, gua singgah lagi. Hari nih, anak gua nak air kelapa tuh letak dalam botol dia. Gua pon cakap ngan brader tuh, “3 air kelapa. 1 isi dalam botol”. Gua hulurkan botol & keluarkan RM10 untuk bayar, pastu, dia pulangkan balik RM8, katanya, “Yang dalam botol tuh, tak payah bayar”. Gua kerut kening. Gua cakap, mana boleh. Meniaga buat cara meniaga, ah. Benda nih pon kena kira gak. Bini dia sambung, “Takpe, budak-budak. Kami pon ada anak”.

Gua pandang laki-bini tuh. Gua masukkan duit RM8 dalam poket gua. Gua sambut air kelapa gua. Gua cakap terima kasih banyak-banyak pada dorang. Dalam keta, gua tertanya-tanya, how does it feels when you received something from less fortunate people? Never thought of that, huh?

Selama nih gua terlalu riak. Rasa kecik je gua mengenangkan apa yang jadi. Selalu pikir gua boleh tolong orang dengan keadaan gua yang bernasib baik nih. Kononnya, bila duduk kat ’atas’, boleh tolong orang, tak kira sesapa je. Gua silap. Tak perlu ada duit. Tak perlu pikir selalu duduk kat ‘atas’. Sesapa je boleh buat.

All you need is just a good heart.
Read Full...

iKat tie? ape tak reti? hu~ meh sini aku ajar..







hmm akhirnyer.. bejaya ikat tiE!!~ haha..
uuuishh slalu nk pakai tiie mintak org tolong ikat kan..
naseb membe2 baik.. tp kene perli tu biase aa.. so skang dah bole ikat sendirik... ape lg esok g kelas pakai tie la aku.. haha.. prektis2 pade yg baru mencube k! Read Full...

GooGLe tag : GambaR IduPkU

a) Answer the questions below, do a Google Image Search with your answer, take a picture from the first minimal words of explanation.
b) Tag 5 other people to do the same once you've finished answering every question page of results.

1. The age you'll be on your next birthday :

2. A place you'll like to travel to :



3. Your favourite place :



4. Your favourite food(s) :

meggi kari gak terbaik.. haha..



5. Your favourite pet :



6. Your favourite colour combination :



7. Your favourite piece of clothing :



8. Your all time favourite song :

sway by micheal buble..

9. Your favourite tv show :



10. The town in which you live in :



kuaLa kangSar bandar diRAja perAk.. bulatan jam besar nie kat pekan..


11. Your screen name or nickname :


shahChuLA

12. Your first job :


mcD bayan baru bwh sunshine squre.. jadik cAshier tuh.. haha..

13. Your dream job :




14. Your worst fear :

takut nak naik pelamin..
waaaa... haha..

15. The one thing you'd like to do before you die :

to have a happy family of my own.. :P


16. The first thing you'll buy if you get $10,000,000 :

miNI coOper.. haha.. nk kumpul 4 bijik merah biru putih hitam.. nangis2..



Have A try.. have fun.. hehe Read Full...

Lagi Maut Langgar Lari


Km 10-4 Lebuhraya Besraya
Kuala Lumpur
11 Jan 2009
Kes membabitkan langgar lari kian bertambah.
Kes lama belum selesai, kes baru pula yang timbul.
Dan polis amat berharap, mana-mana saksi yang terlihat atau dapat memberikan apa jua maklumat sehingga dapat mengesan mereka yang melarikan diri, terutama membabitkan kemalangan maut, amatlah dihargai.
Terbaru kira-kira jam 3 petang tadi, seorang lagi penunggang motosikal maut setelah motornya dipercayai dilanggar sebuah kereta.
Mangsa kemudian terjatuh dan dipercayai dilanggar kereta terbabit.
Selvam Kannan, 35 tahun dari Taman Balakong Jaya, maut di tempat kejadian.
Mangsa bagaimanapun mungkin boleh terselamat jika topi keledarnya diikat dengan betul.
Topi keledar mangsa tercampak dan menyebabkan kecederaan parah di kepala.
Maklumat mengenai kemalangan ini atau mana jua kemalangan terutama kemalangan maut, boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran.
Maklumat juga boleh disalurkan ke talian Rakancop
Read Full...

FreEE paLestin!!!~

CELAKA ZIONIS!...


PEMIMPIN agama Islam dan Kristian berganding bahu pada protes terhadap Israel di Sao Paulo, Brasil, kelmarin. – AP


Perkataan sebegini semakin bergema di seluruh dunia dalam protes-protes jalanan bagi membantah kekejaman Israel yang masuk hari kelapan, semalam.

Sekurang-kurangnya 435 orang penduduk Palestin terkorban sementara 2,285 yang lain cedera akibat bedilan jet pejuang dan kapal perang rejim Yahudi laknat ke atas Genting Gaza yang kini masuk minggu kedua.

Malangnya, ketika perang ini mendapat tentangan dari masyarakat dunia, Amerika Syarikat (AS) pula menyokong tindakan Israel dengan alasan penjajah Zionis itu berhak mempertahankan diri.

Kita mungkin tidak dapat mengangkat senjata bersama saudara kita di Palestin, namun dengan memboikot barangan buatan Israel dan AS, kita tidak lagi secara tidak sedar menyumbang kepada peluru-peluru kepada musuh Islam tersebut.

Read Full...

KAHWIN UBAT TERBAIK KEMURUNGAN

Wednesday, December 31, 2008

New York : Satu kajian baru mendedahkan cara terbaik mengatasi masalah kemurungan ialah dengan berkahwin dan merumuskan ikatan itu walaupun kurang membahagiakan memberikan perangsang psikologi lebih baik kepada golongan tertekan berbanding mereka yang gembira.

Kajian terdahulu menyatakan faedah psikologi perkahwinan bergantung kepada sama ada ia dapat memberikan kebahagiaan kepada pasangan suami isteri.

Mengambil petunjuk dari kajian terdahulu, penuntut lepasan ijazah sosiologi di Universiti Ohio, Adrianne Frech, dan rakannya, Kristi Williams, membuat spekulasi orang yang gembira mendapat lebih banyak faedah psikologi dari perkahwinan berbanding golongan tertekan.

Dalam usaha menguji hipotesis itu, mereka meneliti contoh 3,066 lelaki dan wanita yang ditemubual dan diuji untuk masalah kemurungan sekali sama ada pada 1987 atau 1988 dan sekali lagi lima tahun kemudian.

Dalam temubual, mereka ditanya mengenai kualii perkahwinan jika sukarelawan sudah berkahwin.

Secara purata, dengan mengambil kira perbezaan dalam kemurungan, subjek yang berkahwin lebih lima tahun antara dua temubual melaporkan peningkatan psikologi dalam temubual kedua mendapat purata 3.42 mata lebih rendah pada 84 mata skala kemurungan berbanding rakan mereka yang tidak berkahwin.

Sedikit perbezaan yang mengejutkan ialah kajian yang menunjukkan orang yang murung dan berkahwin menunjukkan mereka lebih mampu meneruskan kehidupan.

Dan AKU KEMURUNGAN SEKARANG!!!
Read Full...

encik BarOk OBama??? Pro dota?

Jadi Encik Obama Sudah Jadi Presiden Baru, Jadi Apa Selanjutnya?

Kalo korg rajin membaca selain dari laman gossip selebriti tempatan dan rajin menonton rancangan tv selain dari sinetron dari seberang yang penuh dengan pelakon perempuan bermekap tebal tapi bermisai nipis korg pasti tahu yang Barack Hussein Obama telah menang pilihanraya umum Amerika Syarikat dan akan menjadi presiden ke-44 negara itu.

Apa relevannya terhadap korg, korg kata ape?

Banyak sebenarnya. Kali terakhir seorang Demokrat menjadi seorang Presiden adalah ketika Bill Clinton, si presiden yang pandai bermain saksofon tetapi yang akhirnya tumpas kerana sehelai dres berwarna hitam. Cakap pasal warna hitam pula Obama merupakan presiden kulit hitam yang pertama, dan sedikit sebanyak melambangkan sentimen bahawa golongan minoriti sebuah negara boleh berjaya dalam bidang yang diceburi.

Kalau kamu di AS, parti Republikan merupakan parti yang lebih konservatif, dan menurut sejarah, lebih cenderung terhadap polisi 'ahli perang' dan dasar luar yang lebih agresif. Parti Demokrat pula lebih liberal, dan presiden dari parti Demokrat biasanya lebih cenderung kepada perundingan dan penentangan pasif. Contoh-contoh presiden Demokrat antaranya Bill Clinton dan John F. Kennedy, dan kedua-dua presiden bernama Bush dan Ronald Reagan pula Republikan (walaupun Ronald Reagan pada awalnya merupakan seorang Demokrat yang kemudiannya berpaling tadah kepada parti Republikan.)

Dan sebanyak mana kita menentang dan menidakkan pun, situasi politik serta polisi AS banyak mempengaruhi arus tujuan dunia. Polisi-polisi yang dibuat di sana, dari polisi kewangan hinggalah ke dasar luar terhadap negara lain dilihat sebagai panduan tentang situasi umum global. Sebab itulah akibat dasar agresif George W. Bush selama 8 tahun kebelakangan ini ramai orang yang tidak puas hati. Senang cerita ramai orang tidak setuju dengan dasar luar yang diamalkan kerajaan Bush, dan selepas peristiwa di Florida pada tahun 2000 dahulu ramai rakyat Amerika tidak rela negara mereka dipandang begitu rendah di mata dunia. Nasib baik untuk Bush peristiwa 9/11 telah berlaku, sedikit sebanyak dia telah berjaya memanipulasi keadaan untuk kepentingan kerajaannya sendiri. Pada pendapat aku-lah.

Kebetulan juga dengan keadaan ekonomi AS (dan juga dunia) yang semakin meruncing, kempen Obama memang banyak 'senjata' untuk melemahkan kempen Republikan/McCain. Kalau dilihat dari kempen parti Demokratik pun, mereka lebih banyak menumpukan kepada polisi dan masalah dalam negara, dan bukan dasar-dasar luar. Aku rasa ramai rakyat Amerika pun prihatin tentang perubahan yang patut berlaku di dalam negara dari segi ekonomi terutamanya, jadi pada aku memang Obama telah menang sejak bermulanya kempen pilihanraya pun.

Dan aku rasa Obama akan terlebih dahulu fokus terhadap masalah dalaman dan bukan polisi serta dasar luarnya. Malah dalam kempennya jarang disebut perkataan 'foreign policy', dan mantra 'We Can Change' itu sebenarnya lebih menjurus kepada perubahan dalam negara, yang aku rasa patut berlaku pun.

Mungkin dengan ini tiada banyak gangguan dan 'pencerobohan' yang akan berlaku di bawah kerajaan Obama, kerana mereka sepatutnya fokus kepada apa yang berlaku di rumah mereka sendiri. Apabila negara paling berpengaruh ini stabil, kesan domino akan memastikan keadaan global juga stabil. Dari harga minyak, hinggakan kepada benda-benda remeh seperti perjalanan dalam kapalterbang ke Amerika dan harga menghantar barang melalui pos akan menerima kesannya. Dan ini hanya akan menjanjikan hanya benda-benda yang bagus untuk kita semua.

Mungkin.

Itu pun selagi tiada golongan ekstremis mengambil peluang keadaan yang goyah ini untuk memporak-perandakan keadaan-lah.

Apa-apa pun aku berharap orang yang ada 'Bin' dalam nama mereka akan lebih mudah mendapatkan visa melancong ke AS dan harga tiket kapalterbang perjalanan antarabangsa akan turun lagi dan lagi. Macam dulu-dulu senang sahaja kru perfileman buat filem (atau drama swasta) secara gerila di negara-negara luar. Sekarang kita ambil filem dan drama (sinetron) dari luar terus!

Sekian sahaja. Saja aku hendak menulis nukilan berunsur politik pertama aku! :)

Read Full...

ape pendapat anda ttg pemuda islam ini??


Saya ingin berkongsi cerita ini dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia ...

Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina.

Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam.




Pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah.

Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.

Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah satu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...

Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan
kata2 kesat.

Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana dipecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut menjaga maruah orang Islam selepas di hina oleh lake Cina tadi. Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk di saman oleh Cina tersebut.

Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.

Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya, tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.

Sebarkan kepada saudara2 Islam kita

Aku baca petikan nie dekat friendster.Pas baca aku terus post kat blog aku.Kalo korang orang Islam, sebarkanlah info nie dengan buat satu post dan link ke post ini.Semoga ia jadi satu pengajaran buat semua Islam. Read Full...

tamat perjuangan Block 3 aku !!~ huhuhu:P


salam rakan2.. hari nie 6.11.2008 ak dah bejaya tamat kan block 3 ak kat tanah gersang manipal ni.. hahaha:P alhamdulillah..

ye lah setelah 10 mingu berusaha.. berhemtam pulas studi.. huhu.. tapi puas ati la rase.. exam ri tuh bole buat aa.. walau pun ade la skit2 yg tak berjaya nk jawap tp keseluruhan ok.. ok la dpt lulus pun jadik la.. hmm nk distinct tak dpt la kot..
ahahha kalo pose dota setahun pun tak leh distinct nyer.. hahaha..

hmm esok dah masuk block 4.. hmm penat nyer!!! baru abes exam ri ni esok dah block baru.. tak de cuti langsung tu yg benggang gak tuh
huhu.. tp takpe la kot.. mlm nie dah puas bedota gan dak2 nie..
abes sume ak lauk!~ hahha.. taklah ak tak pro mane pun..
huhu..
uNis exam makin dkt..
waaa cuaks doe.. block 2 block 1 nk kene revise balik.. banyak tuh.. Oleh itu rakan2 start lah study dari skang yer..
jgn last minute mmg tak sempat siyes..

huk2 tp jgn risau.. selagi kite maseh punya usaha insyallah ade jalan untuk kite.. tros kan tabah mengharungi liku2 kehidupan kite sbagai student medic kt manipal nie..

teruskan dgn Doa-Usaha-ikhtiar-tawakal.. DUIT.. insyallah berjaya.. Read Full...

siX Lies Of A MothER ??

  • This story begins when I was a child: I was born poor. Often we hadn’t enough to eat. Whenever we had some food, Mother often gave me her portion of rice. While she was transferring her rice into my bowl, she would say ‘Eat this rice, son! I’m not hungry.’ This was Mother’s First Lie.
  • As I grew, Mother gave up her spare time to fish in a river near our house; she hoped that from the fish she caught, she could give me a little bit more nutritious food for my growth. Once she had caught just two fish, she would make fish soup. While I was eating the soup, mother would sit beside me and eat what was still left on the bone of the fish I had eaten; my heart was touched when I saw it. Once I gave the other fish to her on my chopstick but she immediately refused it and said, ‘Eat this fish, son! I don’t really like fish.This was Mother’s Second Lie.
  • Then, in order to fund my education, Mother went to a Match Factory to bring home some used matchboxes, which she filled with fresh matchsticks. This helped her get some money to cover our needs. One wintry night I awoke to find Mother filling the matchboxes by candlelight. So I said, ‘Mother, go to sleep; it’s late: you can continue working tomorrow morning. ‘Mother smiled and said ‘Go to sleep, son! I’m not tired.’ This was Mother’s Third Lie
  • When I had to sit my Final Examination, Mother accompanied me. After dawn, Mother waited for me for hours in the heat of the sun. When the bell rang, I ran to meet her… Mother embraced me and poured me a glass of tea that she had prepared in a thermos. The tea was not as strong as my Mother’s love, Seeing Mother covered with perspiration, I at once gave her my glass and asked her to drink too Mother said ‘Drink, son! I’m not thirsty!’ This was Mother’s Fourth Lie.




  • After Father’s infaithfulness , Mother had to play the role of a single parent. She held on to her former job; she had to fund our needs alone. Our family’s life was more complicated. We suffered from starvation. Seeing our family’s condition worsening, my kind Uncle who lived near my house came to help us solve our problems big and small. Our other neighbors saw that we were poverty stricken so they often advised my mother to marry again. But Mother refused to remarry saying ‘I don’t need love.’ This was Mother’s Fifth Lie.

  • In her dotage, Mother was attacked by cancer and had to be hospitalized. Now living far across the ocean, I went home to visit Mother who was bedridden after an operation. Mother tried to smile but I was heartbroken because she was so thin and feeble but Mother said, ‘Don’t cry, son! I’m not in pain.’ That was Mother’s siiixth Lie.
Telling me this, her sixth lie, she closed her eyes forever..

YES, MOTHER WAS AN ANGEL!



M - O - T - H - E - R

‘M’ is for the Million things she gave me,

‘O’ means only that she’s growing old,

‘T’ is for the Tears she shed to save me,

‘H’ is for her Heart of gold,

‘E’ is for her Eyes with love-light shining in them,

‘R’ means Right, and right she’ll always be, Put them all together, they spell ‘MOTHER’ a word that means the world to me.



For those of you who are lucky to be still blessed with your Mom’s presence on Earth, this story is beautiful. For those who aren’t so blessed, this is even more beautiful…

Read Full...

saLam teraKhir~

enjoy wacthing!! at the same time cube korg muhasabah diri kita masing2.. hmm do leave ur comment on dis video cause it give thousand and one leason to us all...







Kita tidak akan menghargai apa yang ada di depan mata kita
selagi apa yang ada di depan mata kita itu
sudah tidak ada lagi di depan mata kita.



Apa pendapat kamu?






Read Full...

haRi ini membENtuk KerajAan!! eSok harge Myk turuN!!~

MARI KEMBALI KE ZAMAN PRA SEJARAH


kenapa tajuk demikian??

kita lihat keadaan dunia sekarang.. mungkin skopnya terlalu besar.. ok saya kecil kan.. apakata MALAYSIA.. MALAYSIA merupakan negara dunia yang ke-3 tetapi mempunyai sumber alam yang banyak.. ok la.. saya rasa skop ini terlalu besar.. MINYAK merupakan salah satu sumber yang asli yang banyak di MALAYSIA.. harga barang runcit semuanya ikut harga minyak kerana, orng hantar makanan menggunakan kenderaan...



halnya di sini, harga minyak sebelum 5hb Jun 2008 adalah RM1.980/liter dan selepas tarikh tersebut harga minyak mencecah RM2.70/liter.. ini merupakan kenaikan minyak yang tertinggi di MALAYSIA sejak 10 tahun yang lepas.. kadar kenaikan yang mendadak ini memaksa pengguna@rakyat MALAYSIA mengisi minyak sebanyak yang mungkin sblm 5hb ini.. jika harga MINYAK naik.. maka rakyat MALAYSIA haruslah menangung kos kehidupan yang amat tinggi.. harga makanan dan minuman di kedai akan melambung dan juga berus gigi yang anda pakai tiap2 pagi..


halnya belum sudah lagi.. siapa yang membuat keputusan ini?? KERAJAAN.. adakah KERAJAAN yang bersalah?? mungkin.. tapi.. MALAYSIA merupakan pengeksport minyak yang terbaik di dunia.. maka bila MALAYSIA mengeksport minyak dah tentu dapat duit.. kemudian MALAYSIA tidak menggunakan minyak petrolium yg di gali oleh PETRONAS tetapi MALAYSIA membeli minyak luar dan MENGIKUT HARGA PASARAN.. KENAPA?? DAN DIMANA DUIT ITU DISALURKAN?? adakah anda tidak terfikir??


RUMUSAN:
1.MALAYSIA - pengeluar minyak terbaik
2.KERAJAAN - beli minyak luar dan 'KONONYA' lagi murah
3.RAKYAT- mengikut je.. minyak naik = makanan naik..
4.DUIT - mana perginya income yg MALAYSIA dapat menjual minyak kepada negara luar mahupun rakyat tempatan??





nota minyak: bersamalah kita menungang basikal..
Read Full...

Otak Pompan ke OtaK Laki?? Korang otak yg mane??

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama…

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan
dan jangan cuba menipu diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah
dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai
mengira!

OK?

berapa banyak?

Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)

Sila baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan
dibawah ini…

Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada

permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.




hahaha so korg otak yg mane satu? ak dpt 3 jek tadik.. hahah..
Read Full...
 
© Grunge Theme Copyright by idopku mylife | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks