bahang hari raya~~

Mungkin ramai yang bersetuju, walaupun apa pun kejayaan dan kenangan yang kita kecapi selama hidup ini, ia tidak semanis zaman kanak-kanak atau lebih tepat lagi setiap kali detik-detik menyambut lebaran!~~

Terlalu indah dan menyeronokkan, lebih-lebih lagi jika desa yang melatari suasana!!!!

Walaupun siangnya letih lesu dek puasa, namun ibadat itu tidak pernah menghalang untuk mereka melakukan pelbagai aktiviti. Ligat tetap ligat... Mencari tin-tin diikuti meredah hutan belukar untuk mencari batang-batang buluh atau kayu. Semua itu kerana semangat yang tinggi untuk membuat pelita-pelita panjut...

Hasilnya pada waktu malam maka bergemerlapanlah cahaya pelita-pelita itu di sekeliling rumah yang menerangi jalan masuk dan halaman rumah!^^

Pemandangan yang terhasil itu sungguh indah, malah kita sanggup sekeliling kampung hatta di tengah-tengah malam bagi menikmati suasana yang cukup mengasyikkan itu...

Suasana bertambah meriah apabila sedari siang sehingga ke malam malah sehingga ke titisan embun pagi yang terakhir, kedengaran dentuman dari meriam buluh di sana sini...

Walaupun sangat bingit tetapi tiada siapa yang dapat menghalang kanak-kanak dan remaja malah seorang dua, orang tua yang sama-sama melakukan aktiviti 'pengeboman' itu dari serata ceruk kampung...

Begitu juga bermain mercun dan bunga api, satu lagi aktiviti wajib bagi 'mewarnai' malam-malam Ramadan!~

Namun keindahan Ramadan dan Hari Raya bagi seorang kanak-kanak itu turut bermakna, meraikannya bersama ahli keluarga terutama ayah dan ibu tercinta...

Telah menjadi tradisi sehingga kini, tiada ibu bapa yang mahu melihat anak-anaknya menyambut Hari Raya tanpa sepatu baru, baju baru segala-galanya baru...

Segala-galanya akan mereka sediakan demi si anak. Apabila di pagi raya, pemandangan yang cukup mengasyikkan apabila si anak-anak yang begitu segak dan comel yang serba serbi baru tadi mengucup kedua-dua tangan dan pipi ayah dan ibu untuk pelbagai pengucapan yang ditujukan khas buat orang tua yang melahirkan...

"Selamat Hari Raya ayah, ibu! Minta ampun maaf dan halalkan makan minum!" merupakan ayat-ayat yang sering kita dengar, dilafazkan oleh si anak....

Suasana yang asalnya hening dan sayu, serta merta bertukar kepada sangat ceria apabila si anak melonjak kegembiraan apabila menerima habuan duit raya dari orang tua..

Sedikit catatan dari pelbagai 1,001 memori Aidilfitri ini mungkin tidak akan tercatat lg di diari ku ini..

yang akan tercatat ada lah memori seribu pengertian dan seribu keinsafan dari pelbagai sudut..

Namun pada hakikatnya, Ramadan dan Syawal tidak pernah membeza-bezakan umatnya. Semua individu muslim layak untuk meraikannya..

Jika kita selami hidup sebatang kara, tiada ayah dan ibu, seolah-olah kehadiran Ramadan dan Syawal seperti tiada erti. Bagaimana kita dapat meraikan bulan-bulan kebesaran ini sedangkan orang yang kita sayangi dan kasihi tiada di sisi?

hmm itu satu persoalan..

namun tak mengapa.. hidup perlu di teruskan bersama-sama adik beradik yg disayangi. kuat kan diri untuk mereka. ape yang penting kekal kan senyuman di bibir pasti akan mengubah hari raya anda menjadi satu memori manis.

dalam keseronokan dunia.. berbuka dgn juadah istimewa setiap malam tidak kira bersama rakan taulan malahan bersama keluarga, ingatlah pada mereka yg dlm kesusahan.. jangan di lupa kan pada adik-adik yang berjauhan.. pastikan keseronokan dikongsi bersama mereka.

hari kian larut malam ditemani tin nescafe original flavour bersama garena yang tidak putus-putus dimasuki kaum dota qalaupun sudah berjam 2 pagi.

sekian sahaja karangan 4 unsur saya untuk peperiksaan spm kali ini..


salam one malaysia.. rakyat didahulukan.. pencapaian diutamakan..

0 Luahan hati:

 
© Grunge Theme Copyright by idopku mylife | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks