Lagi Maut Langgar Lari


Km 10-4 Lebuhraya Besraya
Kuala Lumpur
11 Jan 2009
Kes membabitkan langgar lari kian bertambah.
Kes lama belum selesai, kes baru pula yang timbul.
Dan polis amat berharap, mana-mana saksi yang terlihat atau dapat memberikan apa jua maklumat sehingga dapat mengesan mereka yang melarikan diri, terutama membabitkan kemalangan maut, amatlah dihargai.
Terbaru kira-kira jam 3 petang tadi, seorang lagi penunggang motosikal maut setelah motornya dipercayai dilanggar sebuah kereta.
Mangsa kemudian terjatuh dan dipercayai dilanggar kereta terbabit.
Selvam Kannan, 35 tahun dari Taman Balakong Jaya, maut di tempat kejadian.
Mangsa bagaimanapun mungkin boleh terselamat jika topi keledarnya diikat dengan betul.
Topi keledar mangsa tercampak dan menyebabkan kecederaan parah di kepala.
Maklumat mengenai kemalangan ini atau mana jua kemalangan terutama kemalangan maut, boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran.
Maklumat juga boleh disalurkan ke talian Rakancop

0 Luahan hati:

 
© Grunge Theme Copyright by idopku mylife | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks